Upin dan Ipin.....satu nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia telah membuat kemunculan di layar perak dalam filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula. Kesempatan aku dan Ayu menonton filem ini pada 21 Feb 09 di GSC Cheras Leisuremall sememangnya berbaloi apabila filem ini tidak mengecewakan penonton. Rata-rata pengunjung pada hari itu dikalangan ibu bapa yang turut membawa anak-anak bersama sehingga seat untuk jam 3.30 petang pada hari tu penuh.
Filem animasi tempatan kali ini sangat berlainan berbanding filem-filem animasi sebelum ini seperti Silat Lagenda, Putih dan Budak Lapok. Kegigihan anak-anak muda dari syarikat Les' Copaque dalam menghasilkan filem Geng perlu diberi pengiktirafan sewajarnya dalam usaha mengangkat martabat filem animasi negara. Kepada semua yang belum menonton lagi, pergi la menonton kerana anda tidak akan rasa rugi bila menonton filem ni.
p/s: Teringat lembu Rajoo iaitu si Sapy yang comel...haha (Betul3x)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan