
Saya melihat hadiah saya dan tidak boleh mempercayainya. Basikal BMX yang baru! Hadiah kerana saya cemerlang dalam peperiksaan SA-1 saya. Basikal itu begitu kilat sekali, berwarna merah dan bunyi locengnya amat hebat sekali! Basikal itu ada gagang yang berwarna emas. Persis basikal idaman semua orang! Saya amat berterima kasih kepada ayah kerana membelikannya untuk saya.
Satu hari, selepas saya membuat kerja rumah saya, saya ada sedikit masa lapang untuk membuat apa-apa yang saya mahu buat. Patutkah saya menonton televisyen? Patutkah saya bermain komputer? Jika tidak itu semua, apa? Tiba-tiba saya teringin untuk menaiki basikal baru saya.
Dengan cepat saya memakai topi keledar saya dan gear keselamatan dan mulalah saya berbasikal di kolong blok saya. Keemasan gagang mencerminkan keemasan langit senja. Saya berasa bangga mempunyai basikal seperti ini. Banyak kali, pejalan kaki akan menoleh untuk melihat basikal saya. Saya tidak peduli. Yang penting, saya harus memastikan basikal baru saya tidak akan rosak.
Dalam perjalanan balik ke rumah, selepas puas berpusing-pusing di daerah saya, saya ingin mengambil jalan yang berlainan untuk pulang. Selepas melintas dua simpang jalan raya, saya mendatangi sebatang lorong. Di situ, saya ternampak seorang budak lelaki melambai-lambaikan sapu tangan berwarna merah dengan sangat cemas. Rasa ingin tahu membuat saya berbasikal kepadanya.
“Boleh meminjamkan duit?’’ budak itu menyoal saya. Rupa-rupanya dia bukan seorang. Ada beberapa lagi budak lelaki berbadan besar di belakangnya, tadi bersembunyi.
“Ya, kita mesti punya duit,” kata budak-budak yang lain itu.
“Kenapa?” saya tanya mereka.
“Kita mesti makan,” seorang budak mencemuh.
“Saya mahu pergi,” saya mengatakan dengan kuat.
“Awak tahu apa jawapan saya?” kata budak yang pertama, menumbuk hidung saya.
Saya terjatuh. Ada sesuatu yang panas mengalir dari hidung saya. Darah. Telefon bimbit dan dompet terjatuh dari kocek saya. Yang terakhir saya lihat ialah rupa tiga orang mengambil telefon bimbit, dompet dan basikal saya. Saya juga mendengar siren dengan kuat. Saya pengsan.
Saya terjaga. Saya melihat sekeliling saya. Saya sudah tiada lagi di lorong, tetapi di hospital. Di sekeliling katil saya, saya ternampak ibu bapa dan abang sulung saya. Mereka sangat risau Di saat itu, saya juga bertanya ibu, “A-apa sudah jadi? Mana basikal saya? Mana...?”
“Nanti. Berehat dulu,” kata doktor. “Ibu bapa awak akan memberitahu semuanya kepada awak.”
“Basikal, telefon bimbit dan dompet awak selamat. Penjahat-jahat yang membuli awak sudah ditangkap. Awak pun sudah pulih,” ayah saya menerangkan.
Saya cuba bangun, tetapi gagal kerana kesakitan di bahagian belakang saya.
“Awak OK?” tanya abang.
“Ya, tetapi belakang saya sakitlah,” saya menjawab.
“Awak akan sembuh dengan cepat,” abang memujuk.
Saya tersenyum. Yang penting, sebaik sembuh, saya boleh menunggang basikal merah saya lagi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan