Sabtu, 21 November 2009

papadom-nasi kandar satu!!!


Semalam (2 November 09) aku ke Midvalley menonton wayang seorang diri. Kalau ikutkan dah lama sebenarnya aku tak menonton wayang sejak beberapa bulan lepas. Pergi tengok ni pun sebab redeem voucher sempena hari lahir aku semalam...so dapat la tiket wayang percuma. Setahun sekali dapat tiket wayang free, sape tak nak kan?? Hehe...time cashier tu tanya pilihan cerita yang aku nak tengok, aku memilih cerita Papadom lakonan Afdlin Shauki. Filem ni dah lama aku nak tengok tapi tak sempat ekoran sibuk dengan hal-hal lain. Kalau ikutkan jarang aku menonton filem-filem Melayu....bukan tak sokong industri perfileman Melayu tapi kebanyakan yang aku lihat filem yang ntah apa-apa la diorang bikin dan selalu ikut tema yang sama. Tapi filem yang aku respek adalah seperti cerita Geng dan filem-filem keluaran Afdlin Shauki. Hehe..

Ulasan aku mengenai cerita Papadom - sangat menyentuh perasaan aku. Aku dapat lihat bagaimana Saadom (Afdlin) sanggup berbuat apa sahaja demi kebaikan anak perempuannya, Miasara (Liyana Jasmay) sejak kematian isterinya. Maka, aku tak hairan la filem ni memenangi berbagai anugerah masa Festival Filem Malaysia hari tu. (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan