Ahad, 22 November 2009

tanah runtuh berpunca daripada keruntuhan akhlak???


Tak silap aku sudah hampir seminggu kita mendengar berita yang telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, iaitu kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Takziah buat mangsa yang terkorban dan juga mereka yang hilang tempat pergantungan buat sementara waktu. Rasenye dah banyak kali kan kite dengar kejadian tanah runtuh kat sane, bermula daripada kisah tragis kat Highland Tower sampailah kejadian tanah yang berlaku baru-baru ini. Dan aku sebagai rakyat Malaysia yang (bajet) prihatin terfikir, berani lagi yep dyeorang buat projek perumahan kat kawasan lerang bukit tu sedangkan macam-macam musibah yang berlaku. Yang jadi mangsa nanty pun penduduk kat situ la, sedangakan apa yang mereka mahukan setelah memiliki rumah adalah keselamatan & keselesaan bukanlah ancaman bahaya tanah runtuh!!

Persoalannya sekarang, adakah kejadian bencana alam kali ini hendak menunjukkan bahawa ia berpunca daripada keruntuhan akhlak umat Islam di negara ini?? Walaupun Pak Lah sentiasa mengatakan bahawa "Negara kita aman, makmur, dan sejahtera!" tetapi itu adalah secara zahirnya sahaja. Secara spiritual dan rohani?? Pembangunan akhlak dan sahsiah?? Runtuh sama sekali!! Sama runtuhnya macam kejadian tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa!! Bagi aku negara kita ini sama sahaja dengan negara-negara lain yang menyelitkan amalan budaya barat dalam kehidupan. Sedar atau tidak?? Pemikiran kita sebenarnya sudah dijajahi dengan Yahudi laknatullah!!

pakai tudung tapi minum arak, ape kes??

Allah hendak menguji umat Islam dengan hanya mencelit saja tanah kat Bukit Antarabangsa tu, dan akhirnya terjadilah satu lagi tragedi besar yang menjadi sejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Banyak sebenarnya peristiwa yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak neyh. salah satu contohnya adalah tragedi tsunami yang berlaku pada 26/12/2004, ingatkah lagi wahai rakyat Malaysia?? Kejadian itu telah mengorbankan ramai di antara rakyat kita kat Penang dan juga negara jiran di Acheh. Tau tak ape yang diorang buat masa malam sebelum kejadian tsunami tu?? Pesta seks secara besar-besaran!! MasyaAllah.. Sungguhlah Allah itu Maha Berkuasa. dan yang paling menggemparkan adalah setiap masjid tak terkena apa-apa effect pun mase kejadian tsunami itu. So, boleh ke kita mengaitkan kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada keruntuhan akhlak?? Fikirkanlah...

"Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan. Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah terhadap orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui terhadap orang yang berdusta?" (al-Ankabut : 1-3)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada di antara kita yang memperjuangkan Islam sebenar di dunia zaman sekarang yang penuh dengan pancaroba. Banyak cara yang boleh dilakukan pada zaman sekarang neyh, dan paling famous sekarang adalah melalui internet. Antara laman web yang memperjuangkannya adalah iluvislam.com, saifulislam.com, dan bermacam-macam lagi laman web dan blog yang kita boleh lawat. Alhamdulillah buat mereka yang berfikiran sedemikian. Tetapi apa yang kita lihat majoriti di antara kita masih lagi tidak sedar dan bermimpi di siang hari akan keadaan dunia zaman sekarang. So, apa lagi!! Bangunlah weyh!! Kita ni adalah umat akhir zaman kalau nak tau!!

Secara terus terang hendak aku mengatakan, negara kita, eyh silap, bukan hanya sekadar negara kita saje, malah seluruh dunia sekarang ni sedang sakit. Bukan sahaja sakit disebabkan ekonomi, tetapi sakit daripada akhlak dan sahsiah yang begitu teruk sekali. Sakit tenat la senang cakap. Semoga kejadian tanah runtuh ini dapat memberi iktibar terhadap segolongan di antara kita, jangan disebabkan runtuhnya akhlak yang dilakukan oleh kita menyebabkan bencana alam kepada orang-orang yang tidak berdosa. Hayati diri dan insafi peribadi, semoga kita berada di kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah ;)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Ar-Ra’d:11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan