Jumaat, 27 November 2009

perompak bas kilang


Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung . Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" hey!!...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

hahahhhhahaha....


Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak utawan
di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak
perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini
dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu
pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak
megendahkannya.

Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti
ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya.

Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan
menantinya.. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan
benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"















Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang..
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat
kedai.....


hehehehhhhehehehh. .....


Jangan marah eden pun terkena juga. ...hehhe

dialog dua hantu...


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.hohohhhhoooo......

gaduh,gila and otak

Ada tiga orang sahabat baik..
pertama namanya Gaduh,
kedua namanya Gila,
dan ketiga namanya Otak...

satu hari ketiga-tiga sahabat nie berjalan-jalan di bandar
tiba-tiba Gaduh hilang...
lalu rakan nya risau lah sebab mak bapak Gaduh mesti marah kan diorg
lalu Gila mendapat akal dan mencadangkan supaya mereka melaporkan kehilangan Gaduh kepada
polis...

sampai di balai polis otak menunggu Gila diluar
Gila pula masuk ke balai untuk membuat laporan

polis : yer adik ada aper2 masalah?

gila : ada cik! saya datang nie nak cari Gaduh!!

polis : haaa???!!! cari gaduh??? awak nie gila ker????!!!

gila : yer!!! saya memang Gila!!!

polis : awak nie ada otak tak????!!!

gila : Otak ???!!! OH!! Otak ada cik, Dia ada kat luar !!!!

POlis : ?????????!!!!!! (blur)

cara-cara nak handle hantu


Pocong - Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.



Langsuir - Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.



Pontianak - Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.



Hantu Raya - Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia.Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang.Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.



Hantu Galah - Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.



Jerangkung - Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbanngi badan untuk berdiri tegak.



Toyol
- Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...
lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu



Hantu Ponteng - Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang lerrr takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepas tu nengok e-mail.. macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie.. macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu jadi bawak-bawaklah buat kerja ...

gejala black metal



Apa yang kita semua tahu kumpulan Black Metal sudah lama muncul dengan muzik underground mereka. Belia-belia Malaysia (khususnya Melayu) bukan baru-baru ini memakai T-shirt berwarna hitam yang bergambar wajah setan. Bukan sehari dua ini belia-belia kita memakai rantai 'lima bintang' (simbol setan).

Malahan promosi album-album kumpulan Black Metal bukan sahaja disiarkan dalam akhbar-akhbar malah ia juga dipromosikan di radio dan televisyen. Maknanya kewujudan kumpulan ini memang diketahui umum. Satu ketika dahulu diadakan pesta muzik kumpulan ini iaitu ‘Battle Of The Brutal’.

Ia juga telah dipromosikan oleh media cetak dan media elektronik. Persoalannya kenapa seminggu dua ini baru dijadikan isu yang menggemparkan? Apakah muslihatnya?

Bagi saya ia adalah sekadar untuk mengalihkan perhatian rakyat tentang apa yang sedang berlaku dalam negara kita. Negara dewasa ini sedang menghadapi masalah ekonomi dan kemelut politik. Rakyat sekarang sedang dicengkam, sesuatu yang tidak pernah berlaku kecuali semasa zaman darurat.

Rakyat sekarang mula melihat peranan polis yang jauh melencong daripada peranan asal ditubuhkan. Soal penyalahgunaan wang rakyat juga tidak henti-henti dibongkarkan. Yang terbaru ialah kes Renong. Maka untuk mengalihkan perhatian rakyat, 'isu sengaja dijelmakan'.

Saya ingin bertanya, sejak bila kerajaan benar-benar dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang gejala sosial?

Apa yang mereka anjurkan meskipun ia memang jelas mendatangkan kesan yang tidak baik kepada remaja, maka itu tidak ditakrifkan sebagai gejala sosial. Mereka namakan pesta anjuran mereka sebagai pesta senilah, pesta budayalah, promosi pelanconganlah dan berbagai-bagai istilah. Kita lihat sahaja bagaimana kesudahan isu Black Metal ini.

kitab yang paling diminati di amerika


Ingin tahu buku macam apa yang kerap dicari orang Amerika? Ternyata kitab suci merupakan buku paling dicari oleh warga negara adidaya ini. Demikian diungkapkan sebuah survei yang mengemuka akhir-akhir ini.

Survei berdasarkan poling yang dilakukan Harris ini melibatkan sekitar 2.513 orang dewasa. "Sementara kitab suci merupakan kecenderungan utama di berbagai wilayah, ada perbedaan besar dari buku kedua yang paling disukai," ungkap Harris saat mengumumkan hasil survei ini.

Para pria memilih buku karangan J.R.R. Tolkien's "The Lord of the Rings" dan para wanita memilih buku karangan Margaret Mitchell's berjudul "Gone With the Wind" sebagai buku favorit kedua. Demikian hasil poling mengungkap.

Namun untuk mereka yang berusia 18-31 tahun, buku favorit kedua ternyata karangan J.K. Rowling. Tidak lain adalah novel serial Harry Potter. Sementara mereka yang berusia antara 32 hingga 43 tahun buku karangan Stephen King berjudul "The Stand" dan karangan Dan Brown berjudul "Angels and Demons."

Buku favorit kedua juga beragam tergantung wilayah. "Gone With the Wind" menduduki urutan kedua di wilayah selatan dan barat bagian tengah Amerika Serikat. Sementara penduduk wilayah timur Amerika lebih memilih "The Lord of the Rings" dan orang-orang wilayah barat memilih "The Stand."

Penduduk kulit putih dan keturunan Spanyol cenderung memilih "Gone With the Wind" sebagai buku favorit kedua setelah kitab suci. Sementara warga Afrio-Amerika cenderung memilih "Angels and Demons."

"Akhirnya, mereka mungkin tidak setuju pada kandidat, tetapi satu hal yang membawa mereka menjadi satu adalah buku favorit mereka. Bagi kelompok Republik, Demokrat dan independen, dua buku utama mereka sama -- kitab suci kemudian "Gone With the Wind."

Dan Brown dengan judul buku "The Da Vinci Code," "To Kill a Mockingbird" yang ditulis Harper Lee, "Angels and Demons" oleh Dan Brown, "Atlas Shrugged" oleh Ayn Rand dan "Catcher in the Rye" oleh J.D. Salinger menjadi sepuluh buku top favorit.